BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 20, 2010

Bab 9 ---> Pergerakan Bumi di Dalam Sistem


* Terdiri daripada matahari & 9 buah planet

BUMI 2 Cara Bumi bergerak: Berputar pada paksinya Beredar kelilingi matahari

PUTARAN BUMI :Cara Pergerakan Tempoh @ Masa Kesan Putaran Bumi
-Cara Pergerakan Bergerak dari barat ke timur dari paksinya
- Paksi bumi ialah garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub
Selatan secara condong pada sudut 66 ½° dari satah orbit.

Tempoh @ Masa 24 Jam @ 1 Har
Kesan Putaran
-Bumi Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat
-Siang & Malam Air pasang & air surut
-Pembiasan angin dan arus lautan pada setiap hari

PEREDARAN BUMI
* Mengelilingi matahari mengikut orbitnya
* Cara Pergerakan
*Bergerak secara lawan jam
- Paksi Bumi Orbit Bumi
-Tempoh @ Masa 365 ¼ hari @ satu tahun

Kesan Peredaran Bumi
- Kejadian Empat Musim Siang dan malam tidak sama panjang
-Kedudukan matahari pada waktu tengah hari berbeza mengikut tempat

Garisan Artik 66½°U
Garisan Jadi 23½°S
Garisan Khatulistiwa 0°U
Garisan Antartik 66½°
Garisan Sartan 23½°U 90°U 90°S


* Kawasan yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa alami 12 jam siang dan 12 jam malam
* Garisan Artik, Garisan Sartan, Garisan Jadi dan Garisan Antartik alami siang dan malam yang tidak sama panjang
* Kejadian musim di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan adalah berbeza
* Garisan Khatulistiwa bahagikan Bumi kepada 2 hemisfera iaitu Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan
* Kecondongan paksi bumi menyebabkan pancaran matahari berada tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa
* Ketinggian matahari tengah hari berbeza antara satu tempat dengan tempat lain dalam setahun
* Sebab itulah berlakunya kejadian empat musim
25. Solstis Musim Panas (Jun – Ogos) Pada 21 Jun, matahari tengah hari berada tepat di Garisan Sartan (23½°U) Hemisfera Utara mengalami musim panas Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk Kawasaan di Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
26. Koleksi Musim Sejuk
27. Ekuinoks Musim Luruh (Sept – Nov) Pada 23 September, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim luruh Hemisfera Selatan mengalami musim bunga Siang dan malam yang sama panjang
28. Koleksi Musim Luruh
29. Ekuinoks Musim Bunga (Mac - Mei) Pada 21 Mac, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim bunga Hemisfera Selatan mengalami musim luruh Siang dan malam yang sama panjang
31. Solstis Musim Sejuk (Dis – Feb) Pada 22 Disember, matahari tengah hari tepat di Garisan Jadi (23½°S) Hemisfera Utara mengalami musim sejuk/ dingin Hemisfera Selatan mengalami musim panas Kutub Utara alami malam 24 jam

Tuesday, July 6, 2010

Saturday, June 5, 2010

Latihan Cuti Terancang Pertengahan Tahun Tingkatan Satu

Kajian Geografi Tempatan
Tajuk : Kajian Tumbuhan Semulajadi di Sungai Buloh

PANDUAN PENSKORAN
  1. Tajuk : Menulis tajuk dengan lengkap 1 markah
  2. Senarai kandungan : Menyenarai enam kandungan serta halaman 1 markah
  3. Penghargaan : Menyatakan penghargaan tiga pihak 2 markah
  4. Pendahuluan - tajuk, sebab pemilihan kawasan dan tempoh masa kajian : Menamakan tajuk dan dua aspek pendahuluan 2 markah
  5. Objektif kajian : Menyatakan semua objektif kajian 2 markah
  6. Kawasan kajian - latar belakang, lokasi, sejarah kawasan, pandang darat fizikal : Menamakan kawasan kajian dan menghurai dua aspek 2 markah Peta Daerah/zon : Menyediakan satu peta lengkap 2 markah Peta kawasan kajian : Melukis peta lakar lengkap 2 markah
  7. Kaedah kajian : Menghurai dua kaedah 2 markah
  8. Dapatan kaedah - konsep : Menghurai beserta contoh 2 markah - jenis tumbuhan semulajadi : Menyata dan menghurai beserta contoh 3 markah - faktor mempengaruhi tumbuhan:Menyata dan menghurai empat faktor serta nilai 6 markah
  9. Rumusan : Rumusan serta nilai 2 markah
  10. Lampiran : Menyertaskan empat bahan 2 markah
  11. Rujukan : Tiga rujukan dengan format yang betul 2 markah
  12. Penilaian umum : Susunan dan kekemasan 1 markah
Arahan :
1. Laporan ditulis dalam buku latihan Geografi
2. Rujuk contoh kajian yang terdapat dalam buku teks sebagai panduan

Wednesday, May 12, 2010

Monday, May 10, 2010

Friday, May 7, 2010

Pergerakan Bumi Di Dalam Sistem Suria

Check out this SlideShare Presentation:

Wednesday, May 5, 2010

Bab 8 ---> Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Kegiatan Manusia:
Penebangan Hutan
Tujuan: pembalakan, pembinaan jalan raya, tapak perindustrian dan petemapatan, perlombongan, dan pertanian.
Akibatnya:
·Hakisan tanah
·Sungai semakin cetek dan tercemar
·Kemusnahan flora dan fauna
·Kemusnahan kawasan tadahan air dan sumber air
·Suhu persekitaran meningkat
·Angin bertiup dengan laju tanpa halangan

Pembinaan jalan raya
Akibatnya:
·Hakisan tanah
·Gelongsoran tanah
·Tanah runtuh
Pertanian moden
Akibatnya:
·Bahan toksik daripada baja kimia, racun serangga, racun kulat, dan racun herba mencemarkan sungai.
·Keasiden tanih meningkat.
·Kesuburan tanih merosot.
·Pencemaran udara.
·Hakisan tanah dan kemusnahan hutan akibat daripada pertanian pindah.

Kesan Kegiatan Manusia:
·Hakisan tanah
·Pencemaran sungai
·Banjir
·Pencemaran udara
·Keasiden tanah meningkat
·Gelongsoran tanah
·Tanah runtuh
·Hakisan angin
·Suhu setempat meningkat
·Kepupusan flora dan fauna
·Kehilangan habitat hidupan liar

Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Lankah-langkah yang dijalankan
:
Pertanian:
·Menggunakan baja organik.
·Menggunakan kaedah biologi.
·Menggalakkan petani pindah menjalankan pertanian tetap.
·Kurangkan mengguna racun.
·Tanam rumput.

Pembinaan jalan raya:
·Melandaikan cerun.
·Membina tarahan.

Pembalakan:
·Menanam semula hutan.
·Menanam pokok yang bermutu dan cepat tumbuh.

Wednesday, April 14, 2010

Bab 7 ---> Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia, Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain




Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland
1. Dimajukan sebagai pusat pelancongan.
2. Ciri fizikal bergunung-ganang yang menarik serta kemuncak bersalji menjadi tarikan pelancong.
Akitiviti meluncur salji dan bermain ski giat dijalankan pada musin sejuk.
Akitiviti mendaik gunung, berkhemah, dan berparahu di tasik dijalankan pada musim panas.
3. Sektor pelancongan banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.
4. Kawasan tanah tinggi di Swizerland juga penting sebagai:
kawasan tadahan.
sumber kayu-kayan.
tapak janakuasa hidroelektrik

Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia
1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.
2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapi amat subur untuk kegiatan pertanian.
3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi.
4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.

Kepentingan Sungai di Thailand
1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.
2. Pengangkutan darat yang terhad menyebabkan penduduk bertumpu berhampiran dengan sungai.
3. Menam Chao Phraya merupakan jalan air yang utama di Thailand.
4. Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal sederhana sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.
5. Sungai ini digunakan untuk:
membawa penumpang.
mengangkut barangan pukal.
menghanyutkan kayu jati ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.
Pentingnya Tasik untuk Kegiatan Perikanan di Tonle Sap, Kampunchea.
1. Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di Kampuchea.
2. Isipadu air di tasik ini berubah mengikut musim.
Pada musim hujan, air tasik membanjiri kawasan hutan dan ikan akan membiak.
Pada musim kering, aktiviti kering menangkap ikan dijalankan. Kawasan tasik yang kering ditanami padi.

Bab 7 ---> Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia

Potensi Kawasan Tanah Tinggi
·Kawasan tanah tinggi mempunyai sungai yang beraliran deras yang berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik seperti:
<1> Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, dan Empangan Temmenggor di Perak
<2> Empangan Tenom Pangi di Sabah
<3> Empangan Bakun di Sarawak.
·Kawasan tanah tinggi dengan udara yang segar dan nyaman amat sesuai untuk industri pelancongan seperti di:
<1> Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting,
dan Bukit Tinggi di Pahang
<2> Bukit Larut di Perak
<3> Gunung Kinabalu di Sabah.
·Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti stalaktit dan stlagmi menjadi tarikan pelancong seperti di:
<1>Gua Sam Poh di Perak
<2>Batu Caves di Selangor
<3>Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
<4>Gua Gomantong di Sabah
<5>Gua Musang di Kelantan.
·Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayu keras bernilai tinggi seperti meranti, cengal, keruing, dan merbau.
·Gua batu kapur kaya dengan sarang burung layang-layang yang digunakan sebagai ubat tradisional seperti dari Gua Niah dan Gua Gomantong.
·Kawasan tanah tinggi membekalkan bahan binaan seperti batu granit, batu kapur, dan batu marmar.
Potensi Kawasan Tanah Pamah
·Sebagai pusat perlombongan biji timah seperti LembahKinta dan Kuala Langat.
·Sebagai kawasan tumpuan penduduk serta perkembangan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, dan Kota Bharu.
·Sebagai tapak perindustrian seperti di Lembah Klang dan Seberang Perai.
·Sebagai kawasan pertanian seperti:
<1> penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan
<2> penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang beralun dan bersaliran baik
·penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan ikan air tawar di kawasan lombong.
·Kawasan bekas lombong ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian (sayur-sayuran dan buah-buahan) an penternakan ikan air tawar seperti di sekitar Ipoh, Perak.
·Memudahkan pembinaan jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang.
Potensi Kawasan Pinggir Laut
·Pantai pasir yang indah menjadi tumpuan kegiatan rekreasi dan pelancongan seperti Batu Ferringhi, Pantai DEsaru, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Cherating.
·Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, dan Pulau Sipadan terkenal dengan pantai berpasir yang berair jernih, dan kaya dengan terumbu karang.
·Sebagai tapak pelabuhan perikanan dan petempatan nelayan seperti Kualu Besut, Pulau Pangkor(Perak), dan Pulau Ketam.
·Sebagai tapak pelabuhan kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan mempunyai air yang dalam seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.
Potensi Saliran
·Sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti muara Sungai Melaka dan kuala Sungai Muda.
·Bahagian hulu sungai menjadi tapak janakuasa hidroelektrik seperti Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, dan Empangan Batang Ai.
·Sebagai sempadan semula jadi seperti:
<1> Sungai Golok sebagai sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.
<2> Sungai Bernam sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Selangor.
<3> Sungai Kerian sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Kedah.
<4> Sungai Endau sebagai sempadan negeri antara Pahang dengan Johor.
· Sebagai pusat rekreasi dan pelancongan seperti Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.
· Sebagai pembekal ikan air tawar.
· Sebagai pembekal air untuk kegunaan harian seperti Empangan Klang Gates di Lembah Klang.
· Sebagai kaedah pengangkutan untuk menghanyutkan kayu balak seperti Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang indah.
Banjaran Titiwangsa:
·kaya dengan batu granit dan batu kapur yang penting untuk sektor pembinaan.
·mempunyai pusat peranginan - Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
·mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.
Tanah Tinggi Cameron:
·pusat peranginan.
·kawasan penanaman teh, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan.
·mempunyai stesen jana kuasa hidroelektrik.

Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan:
penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras.
Gua Niah:
petempatan awal, pusat pelancongan, pembekal sarang burung layang-layang dan tahi kelawar untuk dijadikan baja.

Monday, April 12, 2010

Bab 6 ---> Tanah Tinggi, Saliran






Profil Sungai:
·Peringkat hulu - hakisan giat, lurah berbentuk 'V', dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk air terjun. jeram, dan lubang periuk(lubuk sungai).
·Peringkat tengah - pengangkutan giat, lurah berbentuk 'U' dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk likuan sungai, susuh bukit berpanca, dan tebing tinggi sungai.
·Peringkat hulu - pemendapan giat, lura landai dan ciri fizikal yang terbentuk termasuk likuan terpenggal, tasik ladam, dataran mendap, tetambak, dan delta.
Pola saliran:
·reranting
·jejala
·sepunca/jejari
·bawah tanah
·sejajar
·bersirat
·saliran darat
1. Sungai Kinabatangan(560 km) merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia.
2. Sungai Pahang(563 km), sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.
2. Sungai Rajang(445 km), sungai terpanjang di Malaysia.
3. Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini manakala tasik buatan ialah Tasik Chenderoh, Tasik Kenyir, dan Tasik Temenggor.
4. Pentingnya sungai :
·sebagai sempadan antarabangsa dan negeri -
Sungai Endau - Johor, Pahang.
Sungai Bernam - Selangor, Perak.
Sungai Golok - Malaysia, Thailand.
·sebagai tapak bina jana kuasa hidroelektrik
·agen pembentukan dataran aluvium untuk kegiatan pertanian
·pembawa sumber mineral seperti biji timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang
·sebagai sumber air untuk kegunaan harian
·sebagai sumber ikan air tawar
·sebagai cara pengangkutan dan perhubungan
·sebagai pusat rekreasi

Sunday, April 11, 2010

Bab 6 ---> Tanah Tinggi, Pinggir Laut

·Malaysia terletak di atas pentas benua yang cetek dikenali sebagai PENTAS SUNDA.
·Kecetekan perairan ini telah menggalakkan pembiakan hidupan seni iasitu plankton dan pembiakan ikan.
·Ciri fizikal yang terbentuk akibat hakisan ombak ialah tebing tinggi, teluk, tanjung, gua, gerbang laut, batu tunggul, dan tunggul sisa.
·Ciri fizikal yang terbentuk akibat pemendapan ombak ialah beting pasir, anak tanjung, dan tombolo.
·Semua negeri di Malaysia mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
·Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenal sebagai PENTAS SUNDA.
·Laut yang cetek ini membolehkan matahari menembusi ke dasar laut dan menggalakkan pertumbuhan plankton dan pembiakan ikan.
·Pulau merupakan daratan yang dikelilingi oleh laut.
·Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, dan Pulau Redang penting untuk kegiatan perikanan dan pelancongan.
·Tebing tinggi terbentuk apabila terdapat batu-batan yang curam di pinggir laut yang terdiri daripada batuan keras yang tahan hakisan.
·Teluk dan tanjung terbentuk di kawasan pinggir laut yang terdiri daripada batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli.
·Lapisan batuan lembut dihakis oleh ombak menjadi teluk, manakala lapisan batuan keras yang tahan hakisan menjadi tanjung.
·Hakisan ombak terhadap batuan lembut di tebing tinggi akan membentuk gua.
·Hakisan yang giat di dua buah gua yang terbentuk secara bertentangan di sesuatu tanjung akan membentuk gerbang laut.
·Hakisan lanjutan terhadap gerbang laut menyebabkannya runtuh lalu membentuk batu tunggul.
·Timbunan pasir yang berhampiran dengan pantai membentuk beting pasir.
·Anak tanjung terbentuk daripada pemedapan pasir dan kelikir di hadapan teluk dan muara sungai.
·Kawasan perairan yang dilindungi anak tanjung dekenal sebagai lagun.
·Tombolo adalah beting pasir yang menyambungkan kawasan daratan dengan pulau.

Bab 6 ---> Tanah Tinggi, Tanah Pamah


Kepentingan Tanah Pamah di Malaysia
·Tanih aluvium yang subur sesuai untuk tanaman padi.
·Tanah beralun bersaliran baik sesuai untuk kelapa sawit, getah, dan koko.
·Menjadi tumpuan penduduk dan petempatan.
·Tumpuan jaringan pengangkutan dan perhubungan.
·Pembinaan kawasan perindustrian.
·Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
·Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
·Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
·Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
·Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
·Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
·Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
·Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
·Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
·Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
·Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.

Monday, April 5, 2010

Bab 6 ---> Bentuk Muka Bumi, Tanah Tinggi




KEDUDUKAN MALAYSIA
·Terletak di antara lintang 1 U - 7 U dan antara garis bujur 100 T - 120 T di Asia Tenggara.
·Terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan.
·Terletak di kedudukan yang strategik, iaitu di persimpangan jalan laut dan laluan udara dari barat ke timur dan ke selatan.
·Terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara kita bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.
·Terletak di luar kawasan angin taufan.

TANAH TINGGI
Banjaran di Malaysia:
·Banjaran Nakawan
·Banjaran Kedah Singgora
·Banjaran Bintang - Gunung Bintang (1880 m)
·Banjaran Keledang
·Banjaran Titiwangsa -
(a) Menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan di selatan.
(b) Banjaran yang terpanjang di Malaysia, kira-kira 500 km.
(c)Merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.
(d) Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu (2183 m)
(e) Letaknya pusat peranginan popular, iaitu Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, dan Tanah Tinggi Genting.
·Banjaran Benom
·Banjaran Tahan -
(a) Terletak di sebelah timur Banjaran Titiwangsa.
(b) Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan (2187 m), iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
·Banjaran Pantai Timur
·Banjaran Crocker -
(a) Banjaran gunung terbesar dan tertinggi di Malaysia.
(b) Kemuncak tertingginya ialah Gunung Kinabalu (4095 m), iaitu gunung tertinggi di Malaysia.
(c) Letaknya pusat peranginan Taman Negara Corocker dan Taman Negara Kinabalu.
·Banjaran Trus Madi
·Banjaran Witti
·Banjaran Maitland
·Banjaran Brassey
·Banjaran Tama Abu -
(a) Banjaran yang utama di Sarawak.
(b) Kemuncak tertingginya ialah Gunung Murud (2425 m).
·Pergunungan Iran
·Pergunungan Hose
·Banjaran Kapuas Hulu
·Banjaran Kelingkan

Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :
Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :
·Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.
·Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya.
·Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi.
·Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.
Gunung Lipat Muda -
(a) Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu.
(b) Berpunca dari Pusaran Pamir dan menganjur ke tenggara dan melengkok ke selatan di Asia Tenggara ke Bukit Chin, Banjaran Barisan, Banjaran Iran, dan Banjaran Crocker.
(c) Banjaran Himalaya ialah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di dunia dengan kemuncak yang tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest (8448 m).
Gunung Lipat Tua -
(a) Terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
(b) Berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di China dan menganjur ke Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran Bilauktaung di Thailand, Banjaran Annam di Vietnam, dan Banjaran Titiwangsa.

Sunday, April 4, 2010

Bab 5 ---> Peta


1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peatdibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas; (b)peta lakar;
(c) peta topografi; (d) pelan.
3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal; (b) ciri budaya.
5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya:
(a) Sungai (b) Konutr (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya:
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah
T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. = Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan
K. = Kuala
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.
11.

Bab 4 ---> Graf



1. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat, iaitu kaedah pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/ tinjau siasat/survey, dan rujukan perpustakaan.
2. Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang hendak dikumpulkan.
3. Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
4. Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.
5. Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/ survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.
6. Untuk membina jadual, maklumat-maklumat yang direkod dihimpunkan mengikut persamaan dan kekerapannya.
7. Setelah data dan maklumat diperole, graf bolehlah dilukis.
8. Graf adalah lukisan yang menunjukkan dara atau maklumat yang disampaikan dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.
9. Graf bar mudah terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar.
10. Tinggi bar menunjukkan kuantiti sesuatu data.
11. Graf bar mudah sesuai digunakan unuk menunjukkan data tentang jumlah sesuatu ciri seperti jumlah hujan tahunan, jumlah penduduk mengikut umur, dan jumlah pengeluaran barangan.

12. Graf garisan mudah merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.
13. Graf garisan mudah sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan yang berterusan seperti perubahan suhu sepanjang tahun.

Bab 3 ---> Skala dan Jarak


1. Skala digunakan untuk menentukan jarak antara dua tempat dalam peta.
2. Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
3. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.
Contohnya:
1 sentimeter mewakili 3 kilometer pada permukaan bumi.

3. Jarak ialah jauhnya antara dua tempat. Jarak dapt diukur daripada segi:
(a) jauh;
(b) masa;
(c) kos.
4. Jarak dapat dinyatakan daripada segi:
(a) jarak mutlak, iaitu jarak yang diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km);
(b) jarak relatif, iaitu jarak yang diukur daripada segi masa dan kos.
5. Jarak daripada segi masa dinyatakan dalam jam dan minit, manakala jarak daripada segi kos dinyatakan dalam unit ringgit dan sen.

Bab 2 ---> Arah


1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.
3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U), timur(T), selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

Bab 1 - Kedudukan

1. Kedudukan ialah tempat atau letaknya sesuatu objek atau tempat.
2. Kedudukan sesuatu tempat dapat ditentukan berdasarkan koordinat dan kedudukan relatif.
3. Kedudukan secara koordinat ditentukan oleh kedudukan lajur dan baris.
4. Lajur ialah susunan atau deret lurus dari kanan ke kiri.
5. Baris ialah susunan atau deret lurus dari hadapa ke belakang.
6. Untuk menentukan kedudukan secara koordinat, nombor lajur dinyatakan terlebih dahulu, diikuti oleh baris.
8. Kedudukan relatif pula ditentukan dengan menggunakan sesuatu titik rujukan.

Monday, January 11, 2010

Pergerakan bumi dalam sistem suria