BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 14, 2010

Bab 7 ---> Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia, Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain




Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland
1. Dimajukan sebagai pusat pelancongan.
2. Ciri fizikal bergunung-ganang yang menarik serta kemuncak bersalji menjadi tarikan pelancong.
Akitiviti meluncur salji dan bermain ski giat dijalankan pada musin sejuk.
Akitiviti mendaik gunung, berkhemah, dan berparahu di tasik dijalankan pada musim panas.
3. Sektor pelancongan banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.
4. Kawasan tanah tinggi di Swizerland juga penting sebagai:
kawasan tadahan.
sumber kayu-kayan.
tapak janakuasa hidroelektrik

Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia
1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.
2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapi amat subur untuk kegiatan pertanian.
3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi.
4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.

Kepentingan Sungai di Thailand
1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.
2. Pengangkutan darat yang terhad menyebabkan penduduk bertumpu berhampiran dengan sungai.
3. Menam Chao Phraya merupakan jalan air yang utama di Thailand.
4. Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal sederhana sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.
5. Sungai ini digunakan untuk:
membawa penumpang.
mengangkut barangan pukal.
menghanyutkan kayu jati ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.
Pentingnya Tasik untuk Kegiatan Perikanan di Tonle Sap, Kampunchea.
1. Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di Kampuchea.
2. Isipadu air di tasik ini berubah mengikut musim.
Pada musim hujan, air tasik membanjiri kawasan hutan dan ikan akan membiak.
Pada musim kering, aktiviti kering menangkap ikan dijalankan. Kawasan tasik yang kering ditanami padi.

0 comments: