BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 4, 2010

Bab 2 ---> Arah


1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.
3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U), timur(T), selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

0 comments: