BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 4, 2010

Bab 5 ---> Peta


1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peatdibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas; (b)peta lakar;
(c) peta topografi; (d) pelan.
3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal; (b) ciri budaya.
5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya:
(a) Sungai (b) Konutr (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya:
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah
T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. = Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan
K. = Kuala
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.
11.

0 comments: