BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 4, 2010

Bab 4 ---> Graf



1. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat, iaitu kaedah pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/ tinjau siasat/survey, dan rujukan perpustakaan.
2. Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang hendak dikumpulkan.
3. Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
4. Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.
5. Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/ survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.
6. Untuk membina jadual, maklumat-maklumat yang direkod dihimpunkan mengikut persamaan dan kekerapannya.
7. Setelah data dan maklumat diperole, graf bolehlah dilukis.
8. Graf adalah lukisan yang menunjukkan dara atau maklumat yang disampaikan dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.
9. Graf bar mudah terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar.
10. Tinggi bar menunjukkan kuantiti sesuatu data.
11. Graf bar mudah sesuai digunakan unuk menunjukkan data tentang jumlah sesuatu ciri seperti jumlah hujan tahunan, jumlah penduduk mengikut umur, dan jumlah pengeluaran barangan.

12. Graf garisan mudah merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.
13. Graf garisan mudah sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan yang berterusan seperti perubahan suhu sepanjang tahun.

0 comments: