BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 4, 2010

Bab 3 ---> Skala dan Jarak


1. Skala digunakan untuk menentukan jarak antara dua tempat dalam peta.
2. Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
3. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.
Contohnya:
1 sentimeter mewakili 3 kilometer pada permukaan bumi.

3. Jarak ialah jauhnya antara dua tempat. Jarak dapt diukur daripada segi:
(a) jauh;
(b) masa;
(c) kos.
4. Jarak dapat dinyatakan daripada segi:
(a) jarak mutlak, iaitu jarak yang diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km);
(b) jarak relatif, iaitu jarak yang diukur daripada segi masa dan kos.
5. Jarak daripada segi masa dinyatakan dalam jam dan minit, manakala jarak daripada segi kos dinyatakan dalam unit ringgit dan sen.

0 comments: