BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 28, 2011

bab 4 graf


Graf
1. Graf digunakan untuk menyampaikan dan memaparkan maklumat dan data dengan jelas dan tepat.
2. Data dan maklumat dalam bentuk graf lebih mudah dibaca, dikenalpasti dan ditafsirkan.
3. Terdapat beberapa jenis graf seperti graf bar dan graf garisan.
4. Sebelum menghasilkan graf, maklumat dan data perlulah disusun terlebih dahulu dalam bentuk jadual.

1. Kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, membuat bancian dan rujukan digunakan untuk mengumpul maklumat dan data.
2. Maklumat dan data yang dikumpulkan perlu disusun dalam jadual untuk memudahkan pentafsiran.
3. Untuk mendapatkan maklumat dengan tepat, maklumat dan data daripada borang soal selidik perlu direkodkan dengan betul.
4. Sebelum soalan borang soal selidik dibentuk, pelajar perlu membuat beberapa persediaan seperti :
(a) Kenal pasti maklumat atau unsur yang hendak dikaji.
(b) Bina jadual yang sesuai untuk merekodkan data yang diperoleh.
(c) Gunakan tanda gundal untuk merekodkan data.
Panduan Mengumpul Maklumat dan Data (Contoh Tingkatan 2 Pintar)
1. Bilangan pelajar Tingkatan 2 Pintar dikenal pasti terlebih dahulu.
2. Berdasarkan data yang diperoleh, jadual yang mempunyai ruangan yang sesuai dibina. Rujuk jadual 1
3. Maklumat tentang cara pelajar Tingkatan 2 Pintar mengikut jantina datang ke sekolah dikumpulkan.
4. Maklumat yang diperoleh direkodkan dalam jadual menggunakan tanda-tanda gundal. Rujuk jadual 2.
5. Jadual dilengkapkan dengan tepat seperti tajuk yang sesuai.
Panduan Menyediakan Jadual.
1. Kumpulkan maklumat dan data yang diperlukan dengan menggunakan kaedah yang sesuai.
2. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang cara-cara pelajar datang ke sekolah oleh 37 orang pelajar Tingkatan 2 Pintar mengikut jantina di Sekolah Menengah Kebangsaan Junjong.
3. Data dan maklumat yang dikumpulkan seperti ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Data dan maklumat pelajar Tingkatan 2 Pintar mengikut jantina datang ke sekolah.
4. Data yang tidak tersusun harus disusun dalam bentuk jadual yang mudah ditafsir seperti yang ditunjukkan melalui Jadual 2.

Jadual 2:Cara pelajar Tingkatan 2 Pintar mengikut jantina datang ke sekolah
Graf Bar Berganda
1. Graf bar berganda adalah graf bar yang mempunyai lebih daripada satu bar dalam setiap komponen.
2. Graf bar berganda digunakan untuk menunjukkan perbandingan di antara dua jenis maklumat atau lebih.
3. Perbandingan ini dilakukan dalam graf bar yang sama.
4. Graf bar berganda sesuai digunakan untuk membandingkan beberapa perkara seperti:
(a) bilangan murid dalam 4 buah rumah sukan mengikut kaum;
(b) bilangan penduduk bandar dan desa di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, dan Kelantan; dan
(c) jumlah hujan bulanan di kawasan P dan Q.
1. Bandingkan nilai maksimum dan nilai minimum untuk mendapatkan skala yang sesuai.
2. Pilih skala yang sesuai untuk ditandakan pada paksi menegak. Misalnya 1 cm mewakili seorang pelajar.
3. Tandakan ketinggian setiap bar bagi setiap bilangan pelajar lelaki dan perempuan mengikut jenis pengangkutan masing-masing.
4. Ketinggian setiap bar hendaklah selari dengan bilangan pelajar lelaki dan perempuan seperti yang ditunjukkan melalui Jadual 2.
5. Lukis bar dengan menggunakan warna atau lorekan yang berbeza bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
6. Lengkapkan graf ini dengan tajuk dan petunjuk yang sesuai.
Graf Garisan Berganda

1. Graf garisan berganda merupakan graf garisan yang mempunyai lebih daripada satu garisan yang mewakili komponen berbeza.
2. Bertujuan untuk menunjukkan perbandingan antara dua atau lebih komponen dalam sesuatu jangka masa.
3. Graf garisan berganda sesuai digunakan untuk membandingkan beberapa perkara. Contohnya:
(a) perubahan suhu negara M dan negara N dalam tempoh 6 tahun.
(b) perubahan import dan eksport negara P dalam tempoh 5 tahun
(c) sumbangan pelbagai sektor terhadap pendapatan negara dalam tempoh 4 tahun.

2. Lukis paksi X untuk mewakili bulan dan paksi Y untuk suhu (oC).
3. Bandingkan nilai maksimum dan nilai minimum untuk mendapatkan skala yang sesuai.
4. Pilih skala yang sesuai untuk ditandakan pada paksi menegak. Misalnya 1 cm mewakili 5oC.
5. Tandakan nilai suhu bandar masing-masing mengikut bulan.
6. Sambungkan titik-titik dengan menggunakan warna yang berbeza bagi bandar yang berlainan.
7. Lengkapkan graf ini dengan tajuk, label dan petunjuk yang sesuai.

1 comments:

Handayani said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.