BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 28, 2011

bab 3 skala dan jarak


Skala
1. Skala adalah nisbah jarak di antara dua tempat di atas peta yang mewakili jarak sebenar di atas permukaan bumi, Skala digunakan untuk mengira sesuatu jarak di permukaan bumi berdasarkan peta.
2. Skala lurus digunakan untuk menentukan jarak di antara dua tempat pada peta.(lihat rajah di bawah).
3. Rujuk rajah di bawah ini menunjukkan bagaimana jarak sebenar 1 kilometer di permukaan bumi yang ditandakan dengan AB boleh diwakili oleh A1 B1 pada peta dengan ukuran 1 cm.
4. Jarak AB pada permukaan bumi diwakili oleh A1 B1 pada peta dilukis dengan menggunakan skala lurus 1 cm mewakili 1 kilometer.
5. Setiap unit dalam skala lurus mewakili jarak sebenar di permukaan bumi. Contohnya, setiap ukuran 1 cm di atas peta mewakili 1 km jarak sebenar di permukaan bumi.
Mengukur Jarak Lurus
1. Jarak dapat dinyatakan sebagai ukuran dekat atau jauh di antara dua tempat.
2. Jarak di antara dua tempat pada peta dapat diukur sama ada secara lurus atau secara melengkung.
3. Jarak lurus pada peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok, dan jaluran kertas.
Mengukur jarak lurus antara Kampung Kuantan dengan Kampung Teluk.
1. Tentukan tempat yang hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah Kampung Haji Hadi dan satu titik di tengah-tengah Kampung Api.
3. Sambung kedua-dua titik tersebut dengan satu garisan lurus.
4. Tandakan C pada titik Kampung Haji Hadi dan D pada Kampung Api.
5. Letakkan tepi pembaris pada garisan CD dan tandakannya.
6. Jarak CD pada peta ialah 4 cm.
7. Letakkan pembaris yang bertanda itu pada skala lurus dan baca ukurannya.
8. Jarak sebenar CD ialah 4 km.

Mengukur jarak lurus dengan menggunakan pembaris.
Mengukur jarak lurus antara Kampung Jawa dengan Kampung Tok.
1. Tentukan tempat yang hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah Kampung Rakit dan satu titik di tengah-tengah Kampung Padi.
3. Tandakan E pada titik Kampung Rakit dan F pada titik Kampung Padi.
4. Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada kedua-dua titik tersebut.
5. Kekalkan jarak yang diperoleh melalui jangka tolok itu dan letakkannya pada skala lurus. Baca ukurannya.
6. Jarak EF pada peta ialah 4 cm.
7. Jarak sebenar EF ialah 8 km.

Mengukur jarak lurus dengan menggunakan jangka tolok

Mengukur jarak dengan menggunakan skala lurus
Mengukur jarak lurus antara simpang empat Kampung Bayu dengan simpang empat Kampung Baba.
1. Tentukan tempat yang hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah simpang empat Kampung Bayu dan satu titik di tengah-tengah simpang empat Kampung Baba.
3. Sambungkan kedua-dua titik itu dengan satu garisan lurus.
4. Tandakan G pada titik simpang empat Kampung Bayu dan H pada titik simpang empat Kampung Baba.
5. Letakkan tepi jaluran kertas pada kedua-dua titik G dan H.
6. Letakkan jaluran kertas di atas skala lurus dan baca ukurannya.
7. Jarak GH pada peta ialah 4 cm.
8. Jarak sebenar GH ialah 6 km.

Mengukur jarak lurus dengan menggunakan jaluran kertas
Mengukur Jarak Melengkung

1. Jarak melengkung di atas peta seperti sungai, tali air, jalan raya, benteng dan tarahan dapat diukur dengan menggunakan benang dan jaluran kertas.
Mengukur jarak sungai antara Jambatan Usop dengan Jambatan Cukai.
1. Tentukan tempat yang hendak diukur.
2. Tandakan satu titik di tengah-tengah kedua-dua jambatan tersebut.
3. Tandakan satu tanda pada hujung benang dengan pen atau pensel.
4. Letakkan bahagian benang yang sudah ditandakan itu pada titik Jambatan Usop.
5. Gerakkan jari sambil menekan benang mengikut lengkung Sungai Kerapu dari Jambatan Usop ke Jambatan Cukai.
6. Regangkan benang ke atas skala lurus dan baca ukurannya.
7. Jarak sebenar antara Jambatan Usop dengan Jambatan Cukai melalui sungai ialah 4.5 km.
Mengukur jarak melengkung antara P dengan Q
1. Tentukan tempat yang hendak diukur.
2. Bahagikan panjang jarak melengkung itu kepada bahagian-bahagian kecil yang lurus. Tandakan huruf pada setiap bahagian yang dibahagikan itu. Rujuk rajah di bawah.

Jarak dibahagikan kepada bahagian lecil yang lurus
3. Letakkan jalur kertas di sepanjang bahagian lurus yang pertama dan tandakan titik P pada jaluran kertas. Rujuk rajah di bawah.

Hujung kertas diletakkan di bahagian lurus
4. Kemudian gerakkan jalur kertas dan tandakan a pada tepi jalur kertas tersebut.
5. Kemudian gerakkan jalur kertas dan tandakan b.
6. Gerakkan jalur kertas sekali lagi dan tandakan c dan d. Ulangi kaedah ini sehingga semua bahagian lurus yang kecil ditandakan ke atas kertas sampai ke titik S. Rujuk rajah di bawah.
7. Alihkan jaluran kertas ini ke atas skala lurus dan baca ukurannya. Rujuk Rajah di bawah.
8. Jarak sebenar PQ ialah 4.4 km.

0 comments: