BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 28, 2011

bab 16 perkembangan sistem perhubungan


Perkembangan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia
1. Pada masa dahulu, penduduk menggunakan perkhidmatan pos untuk berhubung antara satu sama lain yang berada di dua kawasan yang jauh.
2. Perkhidmatan pos pada masa dahulu hanya terhad kepada surat-menyurat sahaja dan memerlukan masa yang lama untuk disampaikan.
3. Sistem perhubunagn di Malaysia berkembang apabila alat perhubungan moden dan lebih efektif fungsinya dicipta.
4. Telegraf, telefon, teleks dan faksimili dapat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat dan semakin penting untuk aktiviti seharian penduduk Malaysia.
5. Sistem perhubungan dalam bentuk media elektronik yang pertama di Malaysia ialah radio.
6. Tujuan siaran radio ialah membolehkan intergrasi nasional dan menyampaikan maklumatterkini kepada seluruh penduduk Malaysia.
7. Stesen-stesen radio dibina di seluruh Malaysia dan siarannya dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(a) Siaran kebangsaan
(b) Siaran tempatan
8. Televisyen merupakan media yang lebih menarik daripada radio kerana ia dipaparkan dalam bentuk gambar bergerak dan berbunyi.
9. Siaran radio dan televisyen disalurkan melalui gelombang mikro untuk menyebarkan maklumat kepada penduduk Malaysia secara menyeluruh.
10. Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditubuhkan untuk menyatukan radio dan televisyen bagi meneruskan penyebaran maklumat kepada penduduk.
11. Pada tahun 1996, Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia 1 dan 2 (MEASAT)ke angkasa lepas.
12. Perkembangan satelit telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan serantau dan menerima siaran radio dan televisyen secara langsung.
13. Terdapat 4 stesen satelit bumi di Malaysia iaitu di Kuantan, Melaka, Pulau Langkawi dan Labuan.
14. MEASAT juga mengeluarkan siaran televisyen satelit yang pertama di Malaysia iaitu ASTROsupaya penduduk dapat menonton lebih banyak rancangan televisyen.
15. Komputer ialah alat perhubungan terkini yang dapat menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan maklumat.
16. Telefon digunakan untuk berhubung antara individu yang berada di tempat lain.
17. Dengan adanya satelit, penggunaan telefon yang lebih canggih diadakan iaitu telefon satelit dan telefon tanpa wayar (telefon selular).
18. Telefon tanpa wayar menawarkan perkhidmatan berhubung, Mesej Ringkas (SMS), Mel Suara dan Internet (WAP).
19. Sistem internet ialah kumpulan atau jaringan komputer yang ada seluruh dunia dan melalui internet, maklumat dapat diperolehi dengan lebih cepat dan murah melalui e-mel dan WWW (World Wide Web).
20. Pembekal khidmat internet di Malaysia ialah TMNet, MaxiNet dan JARING.
21. Telefon selular 3G membolehkan seseorang berbual dengan melihat wajah individu yang lain.
22. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-7. ICT ialah cantuman antara teknologi komunikasi (IT), penyiaran dan komputer.
23. ICT telah mempeluaskan penubuhan Koriidor Raya Multimedia (MSC) di Bandar Cyberjaya. Tujuannya ialah untuk menarik minat syarikat besar berteknologi tinggi dan syarikat bertaraf dunia datang beroperasi di dalam MSC.
24. Objektif MSC ialah menjadi pusat tele-perubatan, kerajaan elektronik, sekolah bestari, pusat penyelidikan dan pembangunan (R & D), pusat pemasaran tanpa sempadan dan penggunaan kad pintar.
25. Tele-perubatan bertujuan meningkatkan tahap perkhidmatan perubatan dan kesihatan penduduk di Malaysia. Di bawah sistem ini, semua urusan dan rekod pesakit diproses melalui komputer.
26. Sekolah bestari ialah sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia terkini. Murid-murid digalakkan menggunakan internet untuk mencari maklumat dan membuat ulangkaji.
27. Kerajaan elektronik ialah urusan pentadbiran, pembayaran gaji, kewangan dan perhubungan dapat dilaksanakan melalui e-mel.
28. Kad pintar ialah sekeping kad pengenalan baru rakyat Malaysia (Mykad). Kad Mykid pula diberi kepada bayi yang baru dilahirkan dan dalam kad ini mempunyai segala maklumat tentang bayi tersebut.
29. Kerajaan menggalakkan e-learning dengan mengadakan kempen pemilikan komputer peribadi.
30. Selain itu, pedagang dan peniaga juga digalakkan untuk menggunakan e-dagang dalam perniagaan mereka supaya mereka dapat membuat segala urusan melalui komputer dengan cepat dan pantas.
Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Malaysia dan Kanada
1. Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merancang untuk meningkatkan penggunaan ICT dengan memperkenalkanKoridor Raya Multimedia (MSC).
2. Di Kanada, terdapat juga kawasan yang hampir sama dengan konsep MSC. Kawasan tersebut dikenali sebagai Niagara International Teleport (NIT).
3. Kawasan ini menganjur dari bandar Erie di Kanada hingga ke bandar Buffalo di Amerika Syarikat. Kegiatan perdagangannya adalah berkaitan dengan pengurusan maklumat yang diperolehi melalui teknologi ICT.
4. Menara Kuala Lumpuryang didirikan pada tahun 1996 bertujuan memajukan sistem perhubungan penyiaran radio dan televisyen di negara kita.
5. Menara ini berfungsi sebagai penghubung dalam sistem telekomunikasi yang pantas. selain itu berfungsi sebagai menara perhubungan, Menara KL juga menjadi daya tarikan kepada pelancong yang ingin menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
6. Sementara itu, di Kanada juga, terdapat Menara CN yang mempunyai fungsi yang sama seperti Menara KL iaitu sebagai sistem perhubungan radio dan televisyen.
1. Dalam bidang pendidikan, di samping memperkenalkan sekolah bestari yang lengkap dengan pelbagai peralatan multimedia yang terkini, kerajaan turut memperkenalkan Sekolah Globalbertujuan membolehkan sekolah-sekolah di Malaysia dihubungkan secara elektronik dengan sekolah-sekolah terpilih di seluruh dunia.
2. Di Kanada, banyak universitinya yang menggunakan e-learning. ICT digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan khasnya untuk memajukan sekolah, Contohnya sekolah bestari di Kanada yang menjalankan Projek Grass Roots Twin School. Melalui projek ini, kebudayaan dan mata pelajaran sains dapat diperluaskan.
3. Penggunaan ICT sangat penting di negara Malaysia dan Kanada kerana ICT digunakan dalam kehidupan seharian baik di Malaysia mahupun Kanada.

Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan di Malaysia
1. Perkembangan sistem perhubungan di Malaysia tidak dinafikan mendatangkan kebaikan yang membawa Malaysia ke era globalisasi.
2. Kemajuan dalam sistem perhubungan membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
3. Perkembangan sistem ekomunikasi ini walau bagaimanapun juga mendatangkan kesan negatif.
Langkah-Langkah Mengatasi
1. Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang siber seperti:
(a) Akta Jenayah Komputer, 1997
(b) Akta Telekesihatan, 1997
(c) Akta Jenayah Digital, 1997
(d) Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998
(e) Akta Hak Cipta 1997 (untuk mencegah cetak rompak perisian komputer)
2. Hukuman yang lebih berat juga dikenakan terhadap pesalah iaitu 5 tahun penjara atau denda maksimum RM 250 000 atau kedua-duanya sekali.

0 comments: