BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 1, 2011

Bab 10 --> Pengaruh Cuaca & Ilklim terhadap Kegiatan Manusia

Ciri Iklim & Cara Hidup di Gurun Thar
  1. Gurun Thar
  • Terletak di sempadan dua buah negara, iaitu India dengan Pakistan.
  • Dikenal sebagai "The Great India Desert".
  • Keluasannya kira-kira 455000 km2

2. Ciri-ciri iklim
  • Mengalami ilkim gurun panas yang panas & kering sepanjang tahun.
  • Hujan tahunan rendah, kurang daripada 250 mm
  • Min suhu bulanan pada musim panas (bulan Mei & Jun ) sangat tinggi, iaitu kira-kira 42 C.
  • Min suhu bulanan pada musim sejuk ialah antara 8 C hingga 28 C.
  • Ribut pasir sering berlaku pada bulan Mei & Jun semasa suhu sangat tinggi.
3. Kehidupan di Gurun Thar
  • Kurang penduduk kerana keadaan ilkim yang sangat panas & kering
  • Kegiatan utama ialah menternak binatang secara nomad
  • Lembu & unta diternak untuk mendapatkan susu, mengangkut barang & manusia, serta membajak tanih
  • Kegiatan pertanian sukar dijalankan kerana keadaan ilkim yang kering,
  • Gandum & kapas ditanam oleh penduduk yang tinggal di kawasan petempatan tetap dengan bantuan pengairan
  • Terusan Rajasthan digunakan untuk mengairi kawasan pertanian

0 comments: