BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 28, 2011

bab 12 petempatan


Pengenalan
1. Petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
2. Kebanyakkan petempatan mempunyai saiz dan taburan yang berbeza. Misalnya, petempatan di kawasan kebun kecil berbentuk petempatan berselerak manakala petempatan yang besar dan padat adalah seperti bandar raya.
3. Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan berbanding petempatan di luar bandar.
Petempatan Awal
1. Petempatan merupakan kawasan kediaman penduduk dan tempat penduduk melakukankegiatan harian masing-masing.
2. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai. Contohnya
(a) Tamadun Mesopotamia di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates
(b) Tamadun Mesir Purba di Lembangan Sungai Nil
(c) Tamadun Indus di Lembangan Sungai Indus
(d) Tamadun Hwang He di Lembangan Sungai Hwang He
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal di lembangan sungai ialah:
(a) Dataran sungai yang rata dan subur dengan tanih aluvium
(b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan
(c) Sungai merupakan jalan pengangkutan utama penduduk
(d) Terdapat kawasan rumput untuk ternakan
4. Petempatan awal di Malaysia kebanyakannya terdapat di:
(a) Pinggir pantai
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan.
(b) Delta
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam padi.
(c) Muara sungai
Petempatan dibina kerana mempunyai kemudahan pengangkutan air iaitu jalan sungai atau jalan laut.
(d) Pinggir sungai
Petempatan dibina kerana sungai membekalkan sumber air minuman dan kegunaan domestik
(e) Gua
Petempatan dibina kerana gua menjadi tempat perlindungan manusia daripada ancaman
binatang liar dan sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan lebat.
(f) Bukit
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam ubi kayu, pisang dan keladi.
(g) Tanah pamah
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian dan perdagangan.
5. Kawasan-kawasan petempatan awal di Malaysia ialah:
(a) Gua Niah di Sarawak
(b) Kota Tampan di Lenggong, Perak
(c) Kesultanan Melayu Melaka di muara Sungai Melaka, Melaka.
(d) Lembah Bujang di sekitar Sungai Merbok, Kedah.
(e) Kerajaan Johor-Riau di Sungai Johor, Johor.
(f) Sekitar Teluk Darvel di Sabah.
(g) Pekan Lama di Pahang
(h) Kuala Berang di Terengganu
(i) Gua Musang dan Gua Cha di Kelantan
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi petempatan awal di Malaysia ialah:
(a) Faktor fizikal
(b) Keperluan asas
7. Petempatan awal yang terletak di lembah sungai, tanah pamah dan gua merupakan tempat yang paling strategik, selamat dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi.
8. Petempatan awal yang terletak di muara sungai merupakan lokasi yang baik kerana sungai 
berperanan sebagai keperluan asas kepada penduduk iaitu:
(a) Sebagai sumber air
(b) Sebagai jalan pengangkutan
(c) Sebagai pengairan kepada tanaman
(d) Sebagai sumber makanan protein
9. Penduduk yang tinggal di pinggir sungai boleh mendapatkan sumber air sepanjang masa untuk dijadikan air minuman, kegunaan harian dan menyiram tanaman.
10. Penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan di pinggir sungai dan pinggir laut.
11. Sumber makanan protein seperti ikan dan udang senang diperolehi oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai.
12. Sungai merupakan jalan pengangkutan yang utama bagi penduduk yang tinggal di pinggir sungai untuk berhubung antara satu sama lain.

Petempatan awal di Malaysia
Jenis Petempatan
1. Terdapat dua jenis petempatan di Malaysia iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar.
2. Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini adalah
(a) saiz penduduk
(b) kepadatan penduduk
(c) fungsinya yang meliputi jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial yang dijalankan.
3. Majoriti masyarakat yang tinggal di petempatan luar bandar menjalankan aktiviti ekonomi
seperti pertanian, penternakan, perlombongan, pembalakan dan perikanan. Manakala penduduk yang tinggal di petempatan bandar pula menjalankan aktiviti ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan.
4. Petempatan luar bandar mempunyai penduduk yang kurang dan kepadatan penduduknya yang rendah. Jumlah penduduknya adalah kurang daripada 10 000 orang.
5. Petempatan bandar pula mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10 000 orang serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
1. Petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada petempatan kampung dan petempatan pekan.
2. Petempatan kampung mempunyai jumlah penduduk di antara 1 hingga 1999 orang. Manakala petempatan pekan mempunyai jumlah penduduk di antara 2000 hingga 9999 orang.
3. Kegiatan ekonomi penduduk di luar bandar berasaskan kepada aktiviti pertanian dan perikanan. Contohnya Dataran Kedah-Perlis yang dijadikan kawasan penanaman padi dan Pulau Ketam dijadikan kawasan petempatan nelayan.
Faktor yang Mempengaruhi Tapak Petempatan Luar Bandar
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada bentuk muka bumi, tanih sumber air, ketersampaian, kegiatan ekonomi dan dasar kerajaan (governan).
1. Petempatan luar bandar biasanya terletak di kawasan tanah pamah yang rata dan landai kerana kegiatan pertanian sesuai dijalankan di kawasan ini dan mudah untuk dihubungi.
2. Kawasan tanah pamah di Malaysia kebanyakkannya terletak di kawasan lembah sungai dan dataran pantai seperti:
(a) Lembah Sungai Rajang di Sarawak
(b) lembah Sungai Kinabatangan di Sabah
(c) Dataran Pantai Barat di Semananjung Malaysia
(d) Dataran Pantai Timur di Semananjung Malaysia
3. Petempatan luar bandar juga tertumpu kaki bukit yang beralun. Contohnya di sekitar kawasan kaki bukit di Pantai Barat Semanjung Malaysia.
1. Kebiasaannya kegiatan pertanian diusahakan di kawasan petempatan luar bandar. Hal ini demikian kerana kawasan luar bandar mempunyai kesuburan tanih yang tinggi terutama di kawasan berhampiran sungai.
2. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis tanih yang sesuai untuk kegiatan pertanian dan kawasan petempatannya di Malaysia.

Jenis tanih yang sesuai untuk beberapa jenis tanaman di Malaysia.
1. Kebanyakan petempatan luar bandar dibina di kawasan tebing sungai. Antaranya ialah seperti Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Perak, Sungai Kinabatangan dan Sungai Rajang.
2. Sungai bukan sahaja membekalkan sumber air untuk kegunaan harian malahan memudahkan pergerakan penduduk. Sumber protein seperti ikan, udang dan hidupan air yang lain juga boleh didapati daripada sungai.
1. Ketersampaian bermaksud mudah untuk sampai ke sesuatu tempat.
2. Petempatan luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai dan sungai.
3. Letakkan ini memudahkan penduduk untuk sampai ke sesuatu tempat tersebut dengan lebih cepat.
4. Kebanyakkan petempatan luar bandar di pantai timur Semenanjung Malaysia dibina selari dengan pantai. Contohnya di Kampung Merang dan Kg Penarik, di Terengganu.
5. Jalan raya juga menjadi lokasi petempatan luar bandar seperti Kampung Sungai Lada dan Kampung Lubak Temiang yang terletak di sepanjang jalan raya Pulau Labuan.
6. Manakala petempatan luar bandar di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak pula menjadikan sungai sebagai cara pengangkutan yang penting.
1. Aktiviti pertanian terutama penanaman padi di kawasan dataran turut mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia. Pembinaan petempatan di kawasan ini begitu menggalakkan seperti yang terdapat di Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, Tanjung Karang dan Paya Besar di Selangor.
2. Selain itu aktiviti perikanan yang dijalankan di pinggir pantai telah menggalakkan pembinaan petempatan nelayan di sepanjang pinggir pantai. Antaranya seperti:
(a) Bachok dan Tumpat di Kelantan
(b) Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu
(c) Kuala Sedili dan Kukup di Johor
(d) Pulau Ketam di Selangor
(e) Kuala Kurau di Perak
(f ) Batu Maung di Pulau Pinang
(g) Kuala Perlis di Perlis
(h) Bintulu dan Mukah di Sarawak
(i ) Kunak dan Kudat di Sabah.
3. Kegiatan perlombongan bijih timah pada awal abad ke-19 telah mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar di kawasan tersebut. Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban misalnya, merupakan lokasi perlombongan bijih timah yang utama pada masa tersebut.
4. Selain bijih timah, perlombongan sumber lain juga turut mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar seperti
(a) bijih besi di Kuala Rompin dan Sungai Lembing, Pahang
(b) emas di Bau, Sarawak dan Raub, Pahang
(c) petroleum di Miri dan Bintulu, Sarawak serta Kertih dan Paka, Terengganu.
5. Pembinaan petempatan sementara untuk pekerja balak diwujudkan di sekitar kawasan pembalakan seperti di pedalaman Sandakan, pedalaman Pahang, pedalaman Johor dan pedalaman Bintulu.
1. Rancangan Pembangunan Tanah mewujudkan petempatan terancang di luar bandar. Rancangan ini bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk dan mengimbangi pembangunan ekonomi di antara kawasan luar bandar dengan bandar.
2. Perbadanan yang melaksanakan Rancangan Pembangunan Tanah ini adalah seperti
(a) FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
(b) KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)
(c) KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)
(d) KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan)
(e) SLDA (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah)
Pola Petempatan
1. Pola petempatan ialah corak susun atur bangunan atau rumah di sesuatu tempat.
2. Pola petempatan dapat dilihat dari jauh melalui pandangan udara.
3. Petempatan di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat pola, iaitu:
(a) Pola petempatan berselerak
(b) Pola petempatan berjajar
(c) Pola petempatan berpusat
(d) Pola petempatan berkelompok
1. Rumah-rumah dibina jauh di antara satu dengan lain tanpa susunan yang tertentu.
2. Pola ini biasanya terdapat di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar, kebun kecil getah, kelapa padi dan pertanian campur.
3. Petani-petani mendirikan rumah masing-masing di kebun sendiri.
4. Susunan rumah mereka adalah berselerak.
5. Rumah-rumah mereka dapat dihubungi melalui jalan atau lorong jalan kaki.
1. Pola ini biasanya terdapat di luar bandar terutamanya di kampung nelayan dan kawasan sawah padi.
2. Rumah-rumah didirikan mengikut deretan di sepanjang jalan raya, tebing sungai, tali air, jalan kereta api, permatang pasir, di tepi pantai dan di sempadan antara dua jenis tanaman seperti padi dan getah.
3. Susunan rumah adalah selari antara satu sama lain.
4. Pola petempatan berjajar juga disebut sebagai petempatan linear.

Pola petempatan berjajar
1. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan dibina rapat-rapat dan kelihatan padat.
2. Petempatan berpusat mempunyai tanda panduan seperti simpang jalan mempunyai sekolah, pejabat pos dan tempat beribadat.
3. Pola ini terdapat di kawasan ladang getah, ladang kelapa sawit dan tanah rancangan FELDA.

Pola petempatan berpusat
1. Pola petempatan ini hampir sama dengan pola petempatan berpusat.
2. Rumah-rumah dibina rapat tetapi tidak serapat berbanding petempatan berpusat dan tidak mempunyai satu tanda panduan.
3. Petempatan ini terdapat di simpang jalan raya, ladang getah dan muara sungai.
Fungsi Petempatan Luar Bandar
1. Fungsi di sesebuah petempatan luar bandar adalah berbeza dengan petempatan luar bandar yang lain.
2. Fungsi utama petempatan luar bandar adalah sebagai tempat kediaman penduduk.
3. Fungsi kawasan pertanian seperti di lembah Sungai Kelantan dan lembah Sungai Muda ialah sebagai pengeluar hasil padi.
4. Fungsi kawasan kaki bukit yang bercerun landai seperti pantai barat Semenanjung Malaysia adalah sebagai pusat pengumpulan hasil getah dan minyak sawit.
5. Fungsi petempatan di tanah rancangan FELDA ialah sebagai pengeluar minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit.
6. Di Malaysia, kebanyakan kampung berfungsi sebagai pusat pentadbiran secara kecil-kecilan.
7. Fungsi kawasan perkampungan nelayan adalah sebagai pengeluar hasil sungai, tasik atau laut.
8. Petempatan luar bandar yang berada di sepanjang pantai berfungsi sebagai pangkalan perahu tambang.
9. Walau bagaimana pun, fungsi petempatan luar bandar akan berubah apabila pertambahan penduduk atau terjumpa sumber alam yang baru.

bab 11 hubungan kependudukan dengan sumber


Pengenalan
1. Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza.
2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Penduduk berlebihan
(b) Penduduk optimum
(c) Kurang penduduk
3. Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan secukupnya.
4. Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi.
5. Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.
1. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.
2. Ciri-ciri penduduk berlebihan:
(a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.
(b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
(c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai.
(d) Taraf hidup yang rendah
(e) Taraf teknologi yang rendah
(f) Kadar pengangguran yang tinggi
(g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.
3. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:
(a) Taraf kesihatan yang rendah
(b) Hasil produktiviti rendah
(c) Taraf pendidikan yang rendah
(d) Anak yang ramai
(e) Migrasi penduduk tinggi
(f) Taraf teknologi rendah
5. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.
6. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.
7. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.
8. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.
9. Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.
10. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam bidang pertanian sahaja.
1. Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.
2. Ciri-ciri kurang penduduk:
(a) Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit.
(b) Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
(c) Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya.
(d) Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup.
3. Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia dan Brazil.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kurang penduduk:
(a) Taraf pendidikan yang tinggi
(b) Golongan muda berkahwin lambat
(c) Mengamalkan perancangan keluarga
(d) Meningkatkan taraf hidup
(e) Cara hidup pergaulan bebas
5. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya berkelulusan kolej atau universiti.
6. Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan kadar pertumbuhan penduduk juga rendah.
7. Penduduk mementingkan kerjaya dan mengamalkan perancangan keluarga untuk mengehadkan bilangan anak.
8. Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
9. Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.
Kesan-kesan Yang Penduduk Berlebihan dan Kurang Penduduk

1. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan terhadap keperluan kependudukan di negaranya. Ini disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduknya.
2. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi yang tinggi. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.

Kadar pertumbuhan semula jadi negara-negara penduduk berlebihan pada tahun 1996.
3. Negara-negara penduduk berlebihan akan mengalami masalah kekurangan makanan.Contohnya keadaan kemarau berpanjangan yang melanda negara Ethiopia telah menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan. Bekalan makanan yang sedia ada pula tidak mampu menampung keperluan penduduk. Bagi mengatasi masalah ini empangan telah dibina untuk meningkatkan bekalan air.
4. Negara Bangladesh pula masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak produktif kerana kekurangan teknologi moden. Keadaan ini telah meningkatkan lagi masalah kekurangan makanan.
5. Kadar kemiskinan di luar bandar telah menyebabkan penduduknya berhijrah ke bandar-bandar besar demi mendapat taraf hidup yang lebih baik.
6. Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan upah gaji tinggi.
7. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi. Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah tempat tinggal seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.
8. Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian merupakan pekerjaan utama penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan ini mendorong mereka untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar negara untuk meningkatkan taraf hidup.
9. Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang berlebihan penduduk, kerajaannya kurang mampu menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut sangat rendah. Sebagai contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia, 38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk India yang kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.
10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan dan hospital, kadar pertambahan penduduk yang ramai telah menambah beban yang terpaksa ditanggung pada kemudahan kesihatan dan perubatan yang sedia ada.
11. Bilangan kakitangan yang tidak mencukupi juga menyebabkan peluang untuk penduduk menerima rawatan amat rendah. Contohnya, hanya seorang doktor diperuntukkan bagi merawat 30 195 orang penduduk negara Ethiopia dan 4 759 orang penduduk bagi seorang doktor di negara Bangladesh.
12. Kebanyakan penduduk di negara-negara penduduk berlebihan mempunyai jangka hayat yang rendah kerana mengamalkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan masalah kebuluran.
13. Penduduk di negara Ethiopia misalnya secara purata mempunyai jangka hayat 48 tahun untuk lelaki dan 52 tahun bagi perempuan, Manakala, Bangladesh pula pada jangka hayat 58 tahun bagi lelaki dan perempuan pada tahun 1997.
14. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan di negara-negara ini amat kurang kerana ketidakmampuan kerajaan untuk menyediakannya.
15. Hanya 32.3% penduduk India menikmati bekalan air dan 42.4% daripada 75% penduduk di bandar dan 30.5% di luar bandar mampu menikmati kemudahan bekalan elektrik. Manakala penduduk di negara Bangladesh terpaksa menggunakan air dari sungai, kolam dan tasik untuk tujuan domestik.
16. Purata pendapatan bagi setiap keluarga semakin menurun apabila meningkatnya bilangan ahli keluarga dalam sesebuah rumah.
17. Untuk mengurangkan beban kerja dan kos dalam menjalankan kegiatan pertanian kebanyakan petani menggunakan tenaga buruh dari kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak.
1. Taraf hidup penduduk di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport negara-negara kurang penduduk adalah tinggi dan mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.
2. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.
3. Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 12.71 bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.
4. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua negara adalah rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000 penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1 000 penduduk negara Kanada.
5. Purata pendapatan tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan moden. Contohnya, setiap keluarga di Kanada mempunyai purata pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia ialah sebanyak AS$27 585 bagi setiap keluarga.
6. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Guna tenaga di Kanada tahun 2000
7. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.
8. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untukkemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.
9. Negara-negara kurang penduduk akan mengalami masalah pertambahan penduduk yang perlahan pada masa depan. Jumlah penduduk muda yang kurang daripada 15 tahun adalahrendah di negara terbabit iaitu 19.5% bagi Kanada dan 21.6% bagi Australia.
10. Kerajaan negara-negara ini perlu meningkatkan lagi perbelanjaan bagi menyediakan kemudahan kebajikan seperti rumah orang tua, skim pencen dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tua di negara-negara tersebut yang semakin bertambah.
11. Kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati kira-kira 92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya, hampir 100% penduduk Australia, 99% penduduk Kanada dan 83% penduduk Brazil kenal huruf.
12. Kemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih sempurna membolehkan penduduk di negara kurang penduduk memiliki taraf kesihatan yang tinggi. Kadar kematian bayiketika lahir juga rendah iaitu hanya pada tahap 5 bayi untuk 1 000 orang. Nisbah doktor bagi negara Australia contohnya adalah seorang untuk 400 orang penduduknya.
13. Amalan pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang panjang. Contohnya penduduk Kanada mempunyai jangka hayat sehingga 80 tahun dan penduduk. Australia mempunyai jangka hayat 77.15 bagi lelaki dan 83 tahun bagi perempuan.
14. Kerajaan negara-negara kurang penduduk mampu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik dan lengkap. Contohnya, 100% penduduk Kanada, 92% penduduk Brazil dan 99.5% penduduk Australia dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan.
15. Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan untuk sungai dan tasik. Keadaan ini akan membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk menampung keperluan penduduknya.
1. Selain daripada keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk dalam menghubungkaitkan kependudukan dengan sumber, terdapat juga negara-negara yang mempunyai jumlah penduduk optimum. Negara-negara tersebut ialah seperti Jepun, Sweden dan Belanda.
2. Negara penduduk optimum ini mempunyai jumlah penduduk yang seimbang dengan sumber yang dimiliki negara. Oleh itu, penduduk di negara ini dapat menikmati taraf hidup yang tinggi.
3. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk tidak akan kekal selamanya malah boleh berubah mengikut masa.
4. Sesebuah negara yang mengalami kurang penduduk boleh berubah menjadi penduduk berlebihan apabila berlakunya pertambahan penduduk dan sumber semula jadinya tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.
5. Bagi negara penduduk berlebihan pula akan mengalami perubahan apabila meningkatnya penggunaan teknologi dan pengetahuan baru akan meningkatkan sumber semula jadi yang sedia ada. Keperluan penduduk dapat dipenuhi sepenuhnya dan negara-negara ini tidak akan mengalami masalah penduduk berlebihan.

bab 10 kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar


Pengenalan
1. Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi. Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, maka keperluan terhadap makanan juga bertambah.
2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap alam sekitar.
3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber
1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahan
penduduk disesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasan
pertanian perlu dipertingkatkan.
2. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuai
dijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, dan
Dataran Terengganu.
3. Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan
pengairan yang disediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun.
4. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi
dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
5. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan di
kawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial seperti
kelapa sawit, getah dan koko menyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giat
dibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.
6. Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahan
dan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron.
7. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam pembuatan
kaca dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.
8. Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih
besi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.
9. Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yang bertambah akan membawa kesan negatif terhadap sumber tanih.
10. Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan tanih tersebut menjadi tidak subur.
11. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggiuntuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.
12. Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu dunia.
13. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air yang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ.

1. Penerokaan hutan bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. ini
kerana hutan menghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk seperti
mendirikan rumah, menjadikan perabot dan sebagainya.
2. Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yang
lumayan melalui kegiatan pembalakan.
3. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi
seperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.
4. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan petempatan, bandar dan juga untuk membina jaringan pengangkutan.
5. Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan penduduk.
6. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya mengalami hakisan air larian permukaan yang giat.
7. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi semakin cetek dan mudah berlaku banjir.
8. Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu.
9. Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna hutan yang istimewa.
10. Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan penduduk yang bertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.
11. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahan
semakin terjejas dan berkurangan.
1. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan penduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian.
2. Di Malaysia, pembinaan empangan merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik, dan mengawal banjir.
3. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.
4. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi.
5. Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan Empangan Tenom Perigi pula dibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk di sekitarnya.
6. Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di samping mengawal banjir di kawasan sekitarnya.
7. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat pelanconganterkenal di negara kita, Malaysia.
8. Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan kesan negatif terhadap sumber air.
9. Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di sekitarnya.
10. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.
11. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah mencemarkan sungai. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.
Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
1. Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhi pertambahan penduduk yang semakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumber perlu
dilakukan dengan terancang.
2. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar.
1. Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah yang paling berkesan ialah menambahkan baja kepada tanih.
2. Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan menebus guna kawasan terbiar dan kawasan paya.
3. Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.
4. Kawasan paya pula dapat ditebus guna untuk menanam padi.
5. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak.Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
6. Selain itu, kawasan-kawasan cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-sayuran dan teh. Ini dapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam.
7. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponikdapat dijalankan di rumah atau di kebun.
8. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian moden seperti menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga.
1. Mengusahakan ladang hutan secara besar-besaran untuk membekalkan bekalan kayu kepada sektor perindustrian. Misalnya di Bukit Tinggi, Pahang.
2. Di Malaysia, penubuhan ladang hutan secara komersial turut dilaksanakan. Contohnya penanaman pokok jati di Mata Air, Perlis.
3. Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai, yamane, dan sesenduk di kawasan ladang hutan.
4. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutu pengeluaran kayu balak.
5. Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan dihapuskan.
6. Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz mencukupi sahaja ditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru melalui penanaman semula untuk menjamin keberterusan bekalan pada masa depan.
7. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan dan kawasan hutan.
8. Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk melindungi flora dan fauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh
(Sarawak) dan Sepilok (Sabah).
9. Penguatkuasaan Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) diwujudkan untuk mengawal aktiviti pembalakan haram.
10. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan, masa pembalakan dan pemberian konsesi hutan.
11. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktivitipertanian pindah.
1. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui ini kerajaan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk menjamin keberterusan bekalan air.
2. Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa, mengkaji membersihkan dan mengawasi sungai supaya tidak dicemar.
3. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai dengan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.
4. Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) bagi mengawal pencemaran sungai.
5. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih dahulu.
6. Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk mencegah berlakunya kebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air.