BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Bab 6 ---> Tanah Tinggi, Tanah Pamah


Kepentingan Tanah Pamah di Malaysia
·Tanih aluvium yang subur sesuai untuk tanaman padi.
·Tanah beralun bersaliran baik sesuai untuk kelapa sawit, getah, dan koko.
·Menjadi tumpuan penduduk dan petempatan.
·Tumpuan jaringan pengangkutan dan perhubungan.
·Pembinaan kawasan perindustrian.
·Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
·Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
·Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
·Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
·Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
·Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
·Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
·Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
·Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
·Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
·Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.

0 comments: