BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

Bab 6 ---> Tanah Tinggi, Pinggir Laut

·Malaysia terletak di atas pentas benua yang cetek dikenali sebagai PENTAS SUNDA.
·Kecetekan perairan ini telah menggalakkan pembiakan hidupan seni iasitu plankton dan pembiakan ikan.
·Ciri fizikal yang terbentuk akibat hakisan ombak ialah tebing tinggi, teluk, tanjung, gua, gerbang laut, batu tunggul, dan tunggul sisa.
·Ciri fizikal yang terbentuk akibat pemendapan ombak ialah beting pasir, anak tanjung, dan tombolo.
·Semua negeri di Malaysia mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
·Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenal sebagai PENTAS SUNDA.
·Laut yang cetek ini membolehkan matahari menembusi ke dasar laut dan menggalakkan pertumbuhan plankton dan pembiakan ikan.
·Pulau merupakan daratan yang dikelilingi oleh laut.
·Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, dan Pulau Redang penting untuk kegiatan perikanan dan pelancongan.
·Tebing tinggi terbentuk apabila terdapat batu-batan yang curam di pinggir laut yang terdiri daripada batuan keras yang tahan hakisan.
·Teluk dan tanjung terbentuk di kawasan pinggir laut yang terdiri daripada batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli.
·Lapisan batuan lembut dihakis oleh ombak menjadi teluk, manakala lapisan batuan keras yang tahan hakisan menjadi tanjung.
·Hakisan ombak terhadap batuan lembut di tebing tinggi akan membentuk gua.
·Hakisan yang giat di dua buah gua yang terbentuk secara bertentangan di sesuatu tanjung akan membentuk gerbang laut.
·Hakisan lanjutan terhadap gerbang laut menyebabkannya runtuh lalu membentuk batu tunggul.
·Timbunan pasir yang berhampiran dengan pantai membentuk beting pasir.
·Anak tanjung terbentuk daripada pemedapan pasir dan kelikir di hadapan teluk dan muara sungai.
·Kawasan perairan yang dilindungi anak tanjung dekenal sebagai lagun.
·Tombolo adalah beting pasir yang menyambungkan kawasan daratan dengan pulau.

0 comments: