BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 5, 2010

Bab 6 ---> Bentuk Muka Bumi, Tanah Tinggi




KEDUDUKAN MALAYSIA
·Terletak di antara lintang 1 U - 7 U dan antara garis bujur 100 T - 120 T di Asia Tenggara.
·Terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan.
·Terletak di kedudukan yang strategik, iaitu di persimpangan jalan laut dan laluan udara dari barat ke timur dan ke selatan.
·Terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara kita bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.
·Terletak di luar kawasan angin taufan.

TANAH TINGGI
Banjaran di Malaysia:
·Banjaran Nakawan
·Banjaran Kedah Singgora
·Banjaran Bintang - Gunung Bintang (1880 m)
·Banjaran Keledang
·Banjaran Titiwangsa -
(a) Menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan di selatan.
(b) Banjaran yang terpanjang di Malaysia, kira-kira 500 km.
(c)Merupakan 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia.
(d) Kemuncak tertinggi ialah Gunung Korbu (2183 m)
(e) Letaknya pusat peranginan popular, iaitu Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, dan Tanah Tinggi Genting.
·Banjaran Benom
·Banjaran Tahan -
(a) Terletak di sebelah timur Banjaran Titiwangsa.
(b) Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan (2187 m), iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
·Banjaran Pantai Timur
·Banjaran Crocker -
(a) Banjaran gunung terbesar dan tertinggi di Malaysia.
(b) Kemuncak tertingginya ialah Gunung Kinabalu (4095 m), iaitu gunung tertinggi di Malaysia.
(c) Letaknya pusat peranginan Taman Negara Corocker dan Taman Negara Kinabalu.
·Banjaran Trus Madi
·Banjaran Witti
·Banjaran Maitland
·Banjaran Brassey
·Banjaran Tama Abu -
(a) Banjaran yang utama di Sarawak.
(b) Kemuncak tertingginya ialah Gunung Murud (2425 m).
·Pergunungan Iran
·Pergunungan Hose
·Banjaran Kapuas Hulu
·Banjaran Kelingkan

Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :
Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :
·Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.
·Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya.
·Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi.
·Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.
Gunung Lipat Muda -
(a) Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu.
(b) Berpunca dari Pusaran Pamir dan menganjur ke tenggara dan melengkok ke selatan di Asia Tenggara ke Bukit Chin, Banjaran Barisan, Banjaran Iran, dan Banjaran Crocker.
(c) Banjaran Himalaya ialah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di dunia dengan kemuncak yang tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest (8448 m).
Gunung Lipat Tua -
(a) Terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
(b) Berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di China dan menganjur ke Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran Bilauktaung di Thailand, Banjaran Annam di Vietnam, dan Banjaran Titiwangsa.

0 comments: